Thursday, April 14, 2011

Kata-Kata..

selamat tengahari saya ucapkan kepada semua.. ya tajuk di atas agak aneh untuk dibaca.. the reason saya menulis pada hari ini kerana rasa negative yang teramat sangat.. namun tetap juga dapat bertenang dan setelah memeriksa minda diri sendiri.. datanglah ilham untuk cerita yang saya karangkan ini..

'Kata-kata'.. adalah salah satu nilai.. kehidupan.. anugerah.. dan segala yang memungkinkan dan juga menjahanamkan kehidupan seorang manusia.. yakni jika anda tida tahu menggunakan 'kuasa' tersebut.. ianya bakal mempengaruhi dan membinasakan orang lain.. sekaligus diri anda sendiri.. dengan erti kata lain..

Anda Harus Tahu Kedudukan Anda Sebelum melemparkan Kata-Kata terhadap Orang lain..

saya terbaca suatu artikel yang ditulis oleh saudara Tubelawak semasa membaca blog.. kemudian saya melakukan beberapa penyelidikan.. yes.. Kata merupakan senjata.. yang boleh menjadikan pihak yang dituju itu Bahagia.. atau Berduka.. kedudukan yang disebut diatas bukanya beerti sekiranya anda mempunyai pangkat dan darjat atau sebagainya.. anda boleh berlaku sombong dengan orang di bawah anda.. misalnya sekiranya anda adalah Pengurus.. dan salah seorang pekerja anda mengalami masalah sehingga menjejaskan prestasi kerjanya.. tanpa sebarang soal periksa anda memarahinya.. lebih teruk? MengHinanya dihadapan orang lain.. ya seperti mana yang berlaku terhadap saya pada hari ini tadi..

Orang tua sering berkata: Padi bila semakin berisi.. semakin menunduk.. tepat sekali.. itu adalah ungkapan yang saya setujui 100%.. malangnya ramai yang berpangkat tinggi tidak berfikiran sebegini.. malah ada diantara mereka memang sudah tua!!.. demikian juga ditujukan kepada mereka yang muda..

Yes.. memang kita rasa sakit hati kerana orang tua adakalanya menyakitkan hati kita.. Yes... memang kita rasa terluka dan jatuh maruah bila orang yang lebih tua memalukan kita dihadapan orang lain.. namun haruslah beringat untuk tidak membantah atau melenting.. berdiam diri bukan beerti kita takut atau bebal.. berdiam diri adalah untuk TUJUAN PENGAWALAN.. kalau orang lain.. berdiam diri adalah bertujuan untuk MENGHORMATI.. saya? ya ada unsur sebegitu.. tetapi saya lebih kepada menganalisa.. samada orang ini harus dihormati atau Tidak..

Ingatlah kepada mereka yang suka bercakap secara terus terang di luar sana.. dan Ingatlah kepada mereka yang suka bercakap dibelakang orang lain..apa yang anda ucapkan adalah apa yang anda minta.. sememangnya anda mungkin BERNIAT untuk bergurau.. mengajar.. menasihati.. akan tetapi.. BERFIKIRLAH dengan bijak sebelum mengucapkan sesuatu perkataan.. kerana Pemahaman kita dan orang lain adalah tidak sama,, walaupun kita sama manusia..

saya juga pernah berbuat salah sedemikian.. dan sekarang baru saya tahu pahit dan pedasnya bila mendengar kata-kata sebegitu.. dan juga seringkali di 'hina' secara tidak sengaja oleh orang lain.. sungguhpun niatnya bergurau.. tetapi ketahuilah batasan dan maruah orang lain.. seperti yang setiap kita miliki.. saya ada 'Value' saya sendiri.. malah yakin 'Value' saya itu teramatlah mahal berbanding mereka yang menghina dan memperli.. Saya.. sedang dalam perjalan menuju ke masa depan yang cemerlang.. waktu itu.. adalah waktu An Eye For an Eye.. atau erti yang mudah difahami..

You Scratch my back.. And I Scratch Yours.. with knife..

No comments:

Post a Comment